Thursday, April 26, 2007

TIP MENDAPATKAN ZURIAT SEMPURNA - WAKTU JIMAK YANG DILARANG

Sabda Rasulullah S.A.W. "Wahai Ali! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s".

1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak, ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.

2. Jangan berjimak di antara azan dan iqamat. Jika Allah mengurniakan anak, ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah .

3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan isteri berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak, ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.

4. Jangan berjimak pada pertengahan Nisfu Syaaban. Jika Allah mengurniakan anak, ia akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan rambutnya.

5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal dua hari). Jika dikurniakan anak, ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta.

6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar). Jika Allah mengurniakan anak, ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tangannya membuat kebinasaan kepada banyak manusia.

7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika Allah mengurniakan anak, dikhuatiri anak itu akan menjadi seorang munafik, pelampau yang melewati batas.

8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak, ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak hak.

9. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum Isyak). Jika Allah mengurniakan anak, ia akan menjadi seorang yang mengkehendaki dunia daripada akhirat .

No comments: