Monday, May 28, 2007
NASHID - AL JAWAHER
Al Jawaher - Adam Dan Hawa
Al Jawaher - Seroja
Al Jawaher -Assalammualaikum
Al Jawaher - Drama Dunia
Al Jawaher - Insan Dan Iman
LAGU - FAIZAL OIAM
Faizal (One in a Million Grand Finale) - We Will Rock U.mp3
Lagu - Aris Ariwatan
Aris Ariwatan - Cinta Tak Kenal Siapa
Aris Ariwatan - Di Kala Asmara Lepaskan Layarnya
Aris Ariwatan - Korban Cinta
Aris Ariwatan - Lamunan Terhenti
Aris Ariwatan - Permaidani
Aris Ariwatan - Satu
Friday, May 18, 2007
terima kasih ibu
Assalamualaikum,
Satu kisah benar yang menarik dan berguna untuk renungan kita bersama.
Kisah ini diceritakan oleh Ustaz Shamsuri dalam salah satu siri-siri
ceramah beliau mengenai kebajikan anak-anak yang soleh kepada ibu
mereka
yang telah meninggal dunia. Mungkin ada yang telah mendengarnya dan
sama-samalah kita renungkan sejauh mana kebaktian kita kepada kedua-dua
ibubapa kita.
Kisah menarik ini adalah tentang diri Ustaz Harun Din dan adik-beradik
beliau. Memang telah diketahui umum, bahawa Ustaz Harun Din dan
adik-beradik beliau mempunyai pegangan dan ilmu agama yang tinggi hasil
didikan ibubapa mereka yang telah berjaya mencernakan roh Islam ke
dalam
diri anak-anak mereka hingga menjadi alim ulama, tempat rujukan umat
Islam
di negara ini, malah di tempat lain juga.
Diceritakan bahawa, ibu Ustaz Harun telah meninggal dunia semasa dalam
solat Asar. Sebelum kematian ibu beliau, pada kebiasannya, ibu beliau
akan
bersembang-sembang dengan jiran-jiran. Para jiran tertanya-tanya ke
manakah gerangan si ibu itu, kalau dikatakan pergi ke rumah anak-anak,
tidak pula.
Setelah agak lama dengan ketiadaan si ibu itu, lalu jiran mensyaki
sesuatu telah berlaku terhadap ibu Ustaz Harun. Mereka kemudian
menjenguk ke dalam
rumah sambil memberi salam, tetapi tiada jawapan. Mereka kemudian
memberanikan diri untuk masuk ke dalam rumah dan alangkah terperanjat
para
jiran itu apabila mendapati ibu Ustaz Harun Din dan kawannya telah pun
meninggal dunia semasa dalam solat Asar.
Mereka terus menghubungi anak-anak allahyarhamah. Pada kebiasaannya,
apabila berlaku satu-satu kematian, di mana-mana pun akan kita dapati
jenazah itu diuruskan oleh orang-orang kampung atau jamaah masjid,
jenazah
lelaki, oleh jamaah lelaki, manakala jenazah perempuan oleh jamaah
perempuan. Tetapi berlainan pula dengan jenazah ibu Ustaz Harun Din
ini.
Beliau sendiri beserta dengan adik beradik beliau (Ustaz Abu Hassan Din
dan Ustaz Ishak Din) menguruskan jenazah ibu mereka.Dengan penuh
belaian
kasih sayang dan penuh hormat mereka memandikan ibu mereka,
mengkafankan,
serta menunaikan solat jenazah yang diimamkan sendiri oleh Ustaz Harun
Din.
Walaupun diminta oleh orang-orang kampung untuk melaksanakan urusan
jenazah tersebut, Ustaz Harun dan adik beradik mereka dengan penuh
sopan
mengatakan kepada orang-orang kampung bahawa ini adalah ibu mereka yang
telah berjasa melahirkan, memberi makan minum serta mendidik mereka
sehingga menjadi anak-anak yang berguna. Oleh itu, sebagai penghormatan
yang terakhir dan tanda kasih sayang anak-anak terhadap ibu mereka,
biarlah mereka sendiri yang menguruskan jenazah ibu mereka itu.
Maka ramailah orang-orang kampung yang mengalirkan airmata mereka,
mengenangkan tentang kebaikan dan kesolehan anak-anak hasil didikan
tangan si ibu yang berjaya mendidik anak-anak dengan cahaya iman.
Sehinggalah ke
saat pengkebumian jenazah, urusan ini ditangani sendiri oleh Ustaz
Harun
adik beradik.
Sungguh menarik dan mengharukan kisah ini. Tanyalah diri kita sendiri.
Bagi yang masih mempunyai ibu dan bapa, bagaimana nanti peranan kita
semasa jasad ibubapa kita terbujur kaku. Adakah kita juga ingin
menghulurkan bakti zahir yang terakhir sebagai tandah hormat kita
kepada
kedua-dua ibu bapa kita?
Ataukah kita hanya menyerahkan bulat-bulat urusan itu kepada
orang-orang
kampung atau jamaah masjid untuk menguruskan jenazah mereka, tanpa
ingin
mengambil peluang terakhir untuk berbakti. Inilah bakti zahir yang
terakhir yang dapat kita lakukan, disamping doa dan amalan-amalan baik
kita yang kita hadiahkan kepada ibubapa kita.
Bagaimana pula peranan kita sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak kita
yang sedang membesar? Bagi yang telah bergelar ayah/papa/bapa dan
ibu/mama/emak dan sebagainya, bagaimana nanti agaknya perlakuan
anak-anak kita setelah jasad kita pula terbujur kaku, menanti waktu
untuk diuruskan
pengkebumian?
Adakah anak-anak kita akan berebut-rebut untuk menguruskan, atau
bertempiaran lari kerana takut atau hina memandang jenazah kita yang
telah kaku? Sama-samalah kita renungkan ke arah mana diri kita sebagai
anak dan juga sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak yang sedang
memerlukan didikan
agama dari kita. Kita berilah didikan agama yang sebaiknya kepada
anak-anak kita agar menjadi orang-orang yang beriman dan berguna kepada
agama, bangsa dan negara, seperti contoh yang telah dipertuturkan di
atas
tadi.
Wallahu'alam.
Sekian.